Peniaga berkata sentimen pasaran turut dipacu oleh jangkaan positif terhadap potensi penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada September ini.
"Bagaimanapun, peningkatan seterusnya dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS di tengah-tengah kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi China," katanya.
Selain itu, pasaran niaga hadapan getah Jepun meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun hari ini, malah dijangka mencetuskan paras mingguan tertinggi dalam lima bulan.
Perkembangan itu berlaku ketika sentimen dipacu oleh bekalan terhad, namun peningkatan seterusnya dikekang permintaan suram di tengah-tengah kenaikan harga bahan mentah di China yang juga pengguna utama.
"Harga minyak kekal kukuh pada Jumaat susulan bekalan yang lebih terhad di Libya dan Iraq. Pada masa sama, penurunan diunjur berlaku pada Ogos apabila peniaga bimbangkan keadaan ekonomi yang perlahan akan menjejaskan permintaan," katanya.
Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent menokok 0.58 peratus kepada US$80.19 setong.
Beliau turut memetik kenyataan Jabatan Perdagangan AS mengenai angka Keluaran Dalam Negara Kasar negara maju itu yang tumbuh pada 3.0 peratus dalam suku kedua 2024.
Harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) meningkat sebanyak 1.0 sen kepada 800.0 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 650.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 795.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 650.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA