Pasaran getah ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut

Bernama
Mei 3, 2024 21:08 MYT
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 753.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 717 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berikutan pasaran Jepun dan China yang ditutup sempena cuti umum, kata peniaga.
Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah dan prospek ekonomi global yang positif menjelang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dikeluarkan hari ini.
"Harga minyak meningkat daripada paras terendah dalam tempoh hampir tujuh minggu pada Jumaat dan ke arah penurunan pada minggu ini berikutan petunjuk simpanan stok dan pengeluaran AS yang kukuh melenyapkan harapan untuk pasaran minyak mentah yang terhad dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 1.5 sen kepada 754 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal naik satu sen kepada 717 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 753.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 717 sen sekilogram.
-- BERNAMA
#harga minyak #ekonomi global #susu getah #simpanan stok
;