Pameran pelancongan MAS kembali dengan diskaun sehingga lima puluh peratus
Astro Awani
Mei 15, 2014 12:35 MYT
Mei 15, 2014 12:35 MYT
Pameran pelancongan MAS atau Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2014) kembali lagi dengan menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas pelbagai destinasi antarabangsa dan domestik.
Ia ditawarkan kepada pelanggan di negara ini bermula 15 sehingga 24 Mei 2014 - dengan para pelanggan dapat menikmati diskaun bagi tempoh perjalanan 18 Mei hingga 31 Disember 2014.
Mereka boleh terbang ke London dalam Kelas Ekonomi dari tambang serendah RM 2699 untuk perjalanan pergi balik atau ke Frankfurt dengan tambang serendah RM 2799 pergi balik, manakala buat destinasi seperti Sydney tawaran bermula dari RM1999 pergi balik dan RM 1099 ke Perth.
Sementara itu, tambang bagi destinasi seperti Chennai, Delhi, atau Kochi adalah dari RM 799 pergi balik.
Tambang kelas perniagaan ke destinasi Eropah bermula dari RM 11, 999 pergi balik, RM 6249 ke Sydney dan RM 3099 pergi balik ke Chennai .
Destinasi lain yang ditawarkan adalah Dubai, Hong Kong, Taipei, Osaka, Darwin, Krabi dan banyak lagi.
Pelanggan yang merancang berkunjung destinasi domestik boleh terbang dari hanya serendah RM 170 pergi balik ke Pulau Pinang dan daripada RM 240 pergi balik ke Kuching.
Tawaran MATF juga boleh ditempah melalui laman web syarikat penerbangan negara itu www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000, pejabat jualan tiket dan semua ejen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia.