Pakar ekonomi yakin harga minyak pulih kepada AS$100 setong tahun depan
Bernama
Jun 3, 2016 23:30 MYT
Jun 3, 2016 23:30 MYT
Harga minyak dijangka kembali ke paras AS$100 setong pada suku kedua atau ketiga tahun depan dengan pemulihan penawaran-permintaan dan walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berhubung usaha mengehadkan pengeluaran, kata seorang pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi/Strategi Pelaburan IQI Group Holdings Shan Saeed berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada beberapa faktor, termasuk risiko geopolitik, yang boleh memberi kesan ketara terhadap ekonomi global yang berkemungkinan melonjakkan harga minyak.
"Saya berpendapat pada masa ini harga minyak mentah sepatutnya diniagakan pada paras antara AS$50 hingga AS$60 setong," katanya kepada Bernama.