'The Outlet Shoppes' bakal beroperasi di Sepang mulai 2014

Astro Awani
Jun 8, 2013 12:43 MYT
Sepang bakal menjadi pusat "Premium Outlet" terbaru di Malaysia menerusi kerjasama pemaju tempatan dengan pelabur Amerika Syarikat.
"The Outlet Shoppes" seluas 300,000 kaki persegi bakal dibangunkan dengan nilai pelaburan RM180 juta.
Fasa pertama yang melibatkan pembinaan kompleks ruangan runcit bermula pada 2014 dan dijangka siap dalam masa setahun.
Ia juga akan mewujudkan lebih seribu peluang pekerjaan baru di Sepang.
Klik video untuk laporan penuh.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.
#Premium Outlet #Sepang #The Outlet Shoppes
;