KUALA LUMPUR: Perubahan dalam kadar dasar semalaman (OPR)  tidak mempengaruhi inflasi secara langsung.

Ahli Ekonomi Kanan firma kaji selidik The Future, Prof Dr Muzafar Shah Habibullah, berkata ia berdasarkan analisis empirikal menggunakan data bulanan untuk tempoh Januari 2010 hingga Mac 2023.

Beliau berkata, indikator-indikator lain seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran lebih memberi kesan kepada kadar inflasi.

"Ini adalah antara hasil analisis “Does Overnight Policy Rate Drive Inflation? ” yang dilaporkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam siri penerbitan EU-ERA Policy Brief.

"Menerusi kajian berkenaan, The Future turut menekankan keperluan pihak berwajib untuk mengutamakan indikator selain OPR dalam mengawal dan menstabilkan inflasi," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif The Future, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata: "Indikator lain seperti jangkaan inflasi sangat diperlukan bagi membantu usaha menstabil dan mengawal inflasi sebenar."

Beliau turut mencadangkan agar survei berkala dilakukan dalam kalangan isi rumah, sektor perniagaan dan ahli profesional untuk mengukur jangkaan inflasi.

“Dengan adanya data jangkaan inflasi, ia akan membantu bank pusat dalam membuat keputusan berkenaan dasar monetari dengan lebih tepat.

“Jangkaan itu juga boleh digunakan untuk membantu dalam memutuskan hal berkaitan perbelanjaan, peminjaman dan pelaburan,” jelasnya.

Pada 3 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Laporan The Future
Laporan The Future

Laporan The Future



Laporan The Future


Laporan The Future


Laporan The Future


Laporan The Future


Laporan The Future