KUALA LUMPUR: Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 3% sekurang-kurangnya hingga separuh pertama 2024.
Public Investment Bank Research (PublicInvest) berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) menekankan bahawa tahap OPR sedia ada sejajar dengan pendirian dasar monetari yang menyokong ekonomi, selaras dengan penilaian semasa prospek inflasi dan pertumbuhan.
"Namun begitu, sekiranya berlaku prestasi ekonomi domestik yang luar biasa, kami berpendapat bahawa BNM mungkin mempertimbangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kembali ke paras biasa 3% pada suku ketiga 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Mengulas mengenai prospek 2024, firma penyelidikan itu menjangkakan bahawa inflasi utama dijangka meningkat berbanding tahun ini.
Ia sejajar dengan langkah-langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2024, merangkumi pemansuhan kawalan harga dan subsidi dan pengembangan asas cukai perkhidmatan serta kenaikan cukai perkhidmatan (SST) kepada 8% daripada 6%.
Bagaimanapun, garis masa yang tepat dan butiran komprehensif mengenai tarikh berkuat kuasa dan pelaksanaan langkah Belanjawan 2024 ini masih belum selesai.
"Kami juga percaya bahawa prospek inflasi domestik tertakluk kepada pelbagai penentu lain yang memerlukan penelitian yang berhati-hati dalam jangka pendek.
"Ini merangkumi peningkatan bantuan tunai, sekatan perdagangan serantau, terutamanya larangan eksport beras dan gula, ketegangan geopolitik yang berterusan, dan jangkaan kadar faedah global yang lebih tinggi yang berpanjangan, yang mungkin mengekalkan susut nilai mata wang dalam keadaan kewangan global yang lebih ketat," katanya.
PublicInvestment berkata, pihaknya mendapati Belanjawan 2024 menunjukkan kerajaan mahu melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api berperingkat, dengan penekanan khusus kepada diesel, sebagai pendekatan untuk menangani ketidakcekapan yang ketara.
Keputusan ini disokong oleh data yang menggambarkan peningkatan 40% yang ketara dalam jualan diesel bersubsidi dari 2019 hingga sekarang, walaupun pertumbuhan kecil kurang daripada 3% dalam bilangan kenderaan diesel.
"Harga tetap semasa diesel bersubsidi pada RM2.15/liter, berbeza sekali dengan kadar pasaran RM3.75/liter, menghasilkan subsidi kerajaan sebanyak RM1.60/liter, bersamaan dengan jumlah anggaran RM1 .5bn.
"Adalah menghairankan bahawa di dalam Belanjawan 2024 tiada sebarang sebutan mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 23 2023
![OPR dijangka kekal pada paras 3% hingga separuh pertama 2024 - PublicInvest OPR dijangka kekal pada paras 3% hingga separuh pertama 2024 - PublicInvest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662075375_KenaikanOPR.jpg)
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 3% sekurang-kurangnya hingga separuh pertama 2024. -Gambar hiasan/Dagang News
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715226880_tbBANKNEGARA.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
![Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023 Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602393326_BankIslam.jpg)
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
![AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712308460_TBAMBANKLOGO.jpg)
AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini
AmBank percaya pemulihan secara statistik memainkan peranan, dengan penggunaan swasta dan eksport bersih dijangka meningkat pada 2024.
![Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673563618_KenaikanOPR.jpg)
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
![OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673563618_KenaikanOPR.jpg)
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
![BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709899937_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707175328_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.
![Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709193151_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif
MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil