Opero Hotel Southkey perkenalkan kad keahlian Circulo, hargai pengunjung setia

Muhammad Aiman Hakeem
September 1, 2023 16:15 MYT
Opero Hotel South Key, di Johor Bahru memperkenalkan inisiatif Kad Keahlian Circulo bagi menghargai tetamu setia mereka.- Foto Opero Hotel Southkey
JOHOR BAHRU: Dalam mendepani cabaran perkembangan pesat industri perhotelan di negara ini, pengusaha perlu bijak dalam menginovasikan perniagaan mereka bagi menarik hati pengunjung.
Pendekatan itu dibuat Opero Hotel South Key, di sini, yang memperkenalkan inisiatif Kad Keahlian Circulo bagi menghargai tetamu setia mereka.
Pengurus Komunikasi Pemasaran hotel, Salamon Das berkata pengiktirafan buat tetamu itu sekali gus dapat meningkatkan pengalaman penginapan mereka, dan secara tidak langsung, menjadikan setiap kunjungan ke hotel bertaraf empat bintang itu lebih bermakna.
"Ahli baharu yang mendaftar akan mendapat penginapan percuma satu malam di bilik deluxe. Mereka juga akan dapat diskaun 50 peratus untuk setiap tempahan bilik.
"Mereka juga akan mendapat naik taraf bilik secara percuma untuk setiap tempahan bilik, dan menikmati kadar istimewa RM555 untuk bilik suite, baucer tunai F&B percuma bernilai RM100," katanya.
Tambah Salamon, kad keahlian yang dilancarkan 18 Ogos lalu itu turut membolehkan pengguna mendapat sajian kek percuma sempena hari lahir.
Disamping itu, turut menawarkan diskaun 30 peratus untuk buffet dan ala-carte, serta perkhidmatan tempat parkir, kolam renang dan gimnasium percuma tanpa perlu menginap di hotel yang terletak di Kota South Key itu.
Menurutnya lagi, lokasi yang strategik di pusat bandar serta berhampiran dengan kompleks beli belah turut menjadi nilai tambah buat kemudahan pengunjung.
"Opero Hotel Southkey ialah satu-satunya hotel bertaraf perniagaan empat bintang yang memancarkan kelas dan keanggunan yang indah.
"Ia mudah diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan dan berdekatan dengan kompleks beli belah Mid Valley Southkey Johor Bahru.
"Opero menawarkan 283 bilik yang serba lengkap, kedai makan sepanjang hari Oliva Café, bar dan lounge Caligo yang direka dengan unik, dan ruang istirahat cerut peribadi Vero Privat yang boleh berfungsi sebagai ruang makan peribadi.
"Kami turut mementingkan layanan mesra dari warga kerja Opero Hotel Southkey serta kemudahan yang lengkap seperti dewan besar, bilik mesyuarat, gimnasium, kolam renang dan juga tempat letak kereta tertutup.
"Malah, kami turut menyediakan dewan makan yang mampu memuatkan lebih 400 orang tetamu dengan hidangan makanan yang diakui sebagai terbaik di Johor Bahru, kerana kami hanya menggunakan ramuan dan bahan-bahan yang premium dan bermutu tinggi," ujarnya.
Bagi yang berminat untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan, boleh melayari laman web operohotel.com, atau mengunjungi halaman media sosial hotel berkenaan.
#hotel Opero South Key #industri perhotelan #Kad Keahlian Circulo #Johor Bahru
;