KUALA LUMPUR: Permulaan operasi penerbangan komersial berjadual untuk pelepasan dan pendaratan pendek (STOLport) di Lapangan Terbang Pulau Pangkor (PKG) ditetapkan bagi meningkatkan permintaan pelancongan untuk pulau peranginan bebas cukai itu dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, PKG mengalu-alukan penerbangan sulung KI6357 SKS Airways yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.
“Sebagai pengendali lapangan terbang, salah satu peranan kami adalah bekerjasama rapat dengan badan pelancongan bagi mempromosikan destinasi tempatan. Pulau-pulau di Malaysia sudah terkenal dengan tarikan pelancong semula jadinya dan permintaan pelancongan untuknya adalah kukuh.
"Permulaan operasi penerbangan komersial akan menyediakan sambungan yang diperlukan untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke pulau itu. Ditambah dengan status bebas cukai pulau itu, ini akan menyumbang secara positif ke arah pemulihan ekonomi pulau itu dan penduduknya," katanya dalam kenyataan.
Ketibaan penerbangan sulung pada jam 2.00 petang semalam turut disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Zambry.
BACA: Lapangan Terbang Pangkor dijangka beroperasi semula 22 Jan tahun depan
BACA: Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak
Penerbangan harian SZB-PKG-SZB akan bermula hari ini dan seterusnya menggunakan pesawat DHC6-Twin-Otter yang boleh membawa sehingga 19 penumpang.
Dalam pada itu, Zambry berkata, industri penerbangan tempatan mula melihat tanda-tanda pertumbuhan semula selepas perlahan selama dua tahun.
“Kemunculan syarikat penerbangan tempatan baharu di negara ini adalah petanda perkembangan positif ini. Keputusan SKS Airways untuk memulakan operasi tidak syak lagi dipengaruhi peningkatan yang telah kita lihat dalam senario perjalanan udara domestik.
"Pada Disember lalu, pergerakan penumpang domestik kami sudah berada pada tahap kira-kira 60% daripada sebelum COVID-19. Usaha kerajaan dalam memastikan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam populasi kita juga akan membolehkan Malaysia beralih ke fasa endemik dengan lebih cepat dan ini akan membantu meningkatkan lagi perjalanan udara," katanya.
STOLport seterusnya yang menerima penerbangan berjadual harian SKS Airways ialah STOLport Pulau Redang (RDN) bermula dari 31 Januari ini.
Walaupun PKG dan RDN tidak mempunyai sebarang operasi penerbangan komersial sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia Airports berterusan mengekalkan STOLports sepanjang masa dengan memastikan ketersediaan kakitangan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan Keselamatan Penerbangan Lapangan Terbang (AVSEC) setiap masa.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 26 2022

Selain Zambry, antara yang menyaksikan ketibaan penerbangan sulung di Lapangan Terbang Pulau Pangkor semalam termasuk Saarani dan Mohd Zolkafly. --fotoBERNAMA. -- fotoBERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia untuk ekonomi mampan
Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan Malaysia terhadap pembangunan belia, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.

Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.

Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.

ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.