Operasi Bursa Malaysia ditutup pada 18 Mac sempena cuti umum Nuzul al-Quran
Bernama
Mac 14, 2025 11:45 MYT
Mac 14, 2025 11:45 MYT
Dagangan Bursa Malaysia akan disambung semula pada Rabu, 19 Mac. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa, 18 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.
Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 19 Mac.
"Bagaimanapun, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila akan kekal beroperasi untuk dagangan pada cuti umum itu," jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.
-- BERNAMA