Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil hari ini
Bernama
Mei 18, 2023 10:40 MYT
Mei 18, 2023 10:40 MYT
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.08 bilion dan RM29.20 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional melibatkan RM500 juta selama tujuh hari dan dua tender Qard, terdiri daripada satu tender RM800 juta (tujuh hari) serta tender RM1 bilion (14 hari).
Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM41.6 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM26.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA