Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil hari ini

Bernama
Mac 6, 2023 10:06 MYT
Hari ini, BNM akan menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1 bilion selama tujuh hari dan tender repo berbalik melibatkan sejumlah RM4.85 bilion untuk tempoh 31 hari.
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan RM37.28 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.73 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1 bilion selama tujuh hari dan tender repo berbalik melibatkan sejumlah RM4.85 bilion untuk tempoh 31 hari.
Selain itu, ia juga akan mengadakan tiga tender Qard, terdiri daripada tender RM1.2 bilion selama tujuh hari, tender RM500 juta (14 hari) dan tender RM500 juta lagi selama 21 hari.
BNM telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan sehingga RM40.1 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM26.5 bilion bagi tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA
#kadar jangka pendek #mudah tunai #Bank Negara Malaysia #pasaran wang
;