Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil

Bernama
April 10, 2023 11:30 MYT
Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional membabitkan sejumlah RM1 bilion selama tujuh hari dan tender Program Murabahah Komoditi (CMP) RM200 juta bertempoh 30 hari. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM35.48 bilion manakala bagi dana Islam mudah tunai dianggarkan RM32.15 bilion.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional membabitkan sejumlah RM1 bilion selama tujuh hari dan tender Program Murabahah Komoditi (CMP) RM200 juta bertempoh 30 hari.
Ia juga akan mengendalikan dua tender Qard, terdiri daripada tender RM1.3 bilion untuk jangka masa tujuh hari dan tender RM800 juta selama 15 hari.
Selain itu, bank pusat akan mengadakan tiga tender repo berbalik yang terdiri daripada tender RM3.37 bilion selama 30 hari, tender RM850 juta (63 hari) dan tender RM585 juta (91 hari).
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian penjualan dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM38.3 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM28.9 bilion bagi tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA
#BNM #sistem kewangan #lebihan mudah tunai #Murabahah Komoditi Bercagar
;