Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

Bernama
Jun 21, 2023 10:40 MYT
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM49.33 bilion dan RM29.56 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan mengadakan tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM1.5 bilion selama tujuh hari dan satu tender Program Murabahah Komoditi RM100 juta bertempoh 14 hari.
Ia juga akan menjalankan dua tender repo berbalik, yang terdiri daripada tender RM1 bilion (30 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).
Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM48.3 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM28.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #kadar jangka pendek #Program Murabahah Komoditi #mudah tunai
;