OpenAI kini bernilai sekitar AS$80 bilion
Amanz
Februari 18, 2024 12:00 MYT
Februari 18, 2024 12:00 MYT
OPENAI kini dilaporkan menjual beberapa saham sedia ada, sekali gus menilaikan syarikat yang memfokuskan kecerdasan buatan berkenaan pada nilai mencapai AS$80 bilion.
Ini sekali gus menjadikan OpenAI antara syarikat pemula bernilai tinggi di dunia, di belakang SpaceX dan juga ByteDance.
OpenAI sedia menerima perhatian ramai melalui pengenalan ChatGPT – sekali gus membuatkan ramai pihak memfokuskan kepada kecerdasan buatan sejak tahun 2023.
Untuk OpenAI sendiri, pada tahun lepas mereka telah memperkenalkan ChatGPT 4, selain Dall-E 3 untuk penjanaan imej.
Pada masa yang sama, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Sona yang membolehkan penjanaan video dengan mudah berasaskan input teks sahaja.
Kualiti video yang dihasilkan juga agak tinggi dan berkualiti berbanding dengan penjana video lain di pasaran.
Selain OpenAI, terdapat beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan, termasuk antaranya adalah Anthropic dan juga Cohere. - Amanz