OpenAI berjaya dapatkan nama domain chat.com
Amanz
November 7, 2024 13:00 MYT
November 7, 2024 13:00 MYT
OPENAI yang merupakan penyedia perkhidmatan ChatGPT, kini dilihat telah mendapatkan dan membeli nama domain yang lebih pendek, iaitu Chat.com.
Ringkasan AI
- OpenAI telah membeli nama domain yang lebih pendek, Chat.com, yang kini membawa pengguna terus ke perkhidmatan ChatGPT.
- Walaupun nilai yang dibayar oleh OpenAI tidak diketahui, pemilik terakhir membeli domain tersebut pada nilai $15.5 juta pada tahun 2023.
- Buat masa ini, tidak diketahui sama ada OpenAI akan menjenamakan semula ChatGPT kepada hanya "Chat".
Melalui semakan semasa, apabila pengguna membuka nama domain Chat.com, ia akan membawa pengguna ke perkhidmatan ChatGPT.
Tidak diketahui berapa nilai dibayar OpenAI untuk dapatkan nama domain tersebut.
Mengikut semakan, pemilik terakhir Chat.com telah membelinya pada nilai $15.5 juta pada tahun 2023, menjadikannya antara nama domain yang bernilai tinggi di pasaran.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak OpenAI akan melakukan penjenamaan semula atau sebaliknya daripada ChatGPT kepada Chat sahaja. -Amanz