OPEC tidak boleh kawal harga minyak dunia, kata menteri UAE
AFP
Januari 13, 2015 17:15 MYT
Januari 13, 2015 17:15 MYT
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak boleh mengawal harga minyak dunia yang menunjukkan kejatuhan sejak Jun tahun lalu, kata sumber dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), tanpa mengawal peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Utara terlebih dahulu.
"Kami tidak boleh terus mengawalnya pada harga tertentu,” kata Menteri Tenaga UAE, Suhail al-Mazrouei.
"Kami telah melihat terdapat bekalan berlebihan yang datang daripada minyak syal dan hal itu perlu diperbetulkan,” katanya kepada peserta Forum Tenaga Negara Teluk UAE (Gulf Intelligence UAE Energy Forum) di Abu Dhabi.
Harga minyak terus menunjukkan penurunan terendah sejak enam tahun lalu dalam pasaran Asia, pada Selasa.
Harga mentah Brent bagi pengedaran minyak pada bulan Februari jatuh AS$0.75 kepada AS$46.68 setong – ia adalah yang terendah sejak April 2009.
Pada Isnin, harganya telah jatuh lebih daripada lima peratus untuk berakhir di bawah AS$50.