Nuren Group iktiraf 40 jenama pilihan ibu bapa di Malaysia
Astro Awani
Jun 28, 2019 18:00 MYT
Jun 28, 2019 18:00 MYT
Nuren Group melalui platform Motherhood.com.my telah mengumumkan lebih 40 jenama terkenal menerima anugerah 'Motherhood Choice 2019 awards' yang menjadi pilihan ibu bapa di negara ini.
Pemilihan lebih 40 jenama yang menjadi pilihan ibu bapa itu dibuat melalui undian membabitkan lebih 500,000 pengguna melalui Motherhood.com.my.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuren, Petrina Goh berkata, anugerah itu diwujudkan bagi mempamerkan jenama dan produk berkualiti tinggi yang paling inovatif dan terbaik yang ada dalam pasaran ibu dan bayi.
"Ia memberi tumpuan kepada produk-produk kehamilan, bersalin, bayi, kanak-kanak, dan anak-anak serta perkhidmatan.
"Anugerah ini dilihat sebagai cara yang baik untuk ibu-ibu untuk berkongsi maklum balas mereka dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan yang mereka telah cuba, uji dan dipercayai.
"Anugerah ini juga bertujuan meraikan jenama yang telah membantu berjuta-juta ibu dalam perjalanan mereka, selain mendorong jenama lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Penyampaian anugerah berkenaan diadakan di ibu negara pada petang Khamis.
Poppy Seat, Philips Avent Natural Newborn Starter Set, and Bubbles Steam & Dry Sterilizer
emerged mucul sebagai tiga jenama paling popular pilihan ibu bapa di Motherhood.com.my.
Sementara itu, Petrina berkata, agak sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan produk berkualiti dan terbaik pada anak-anak mereka tanpa panduan serta bimbingan.
"Oleh itu platform Motherhood.com.my menjadi impian bagi ibu khususnya kerana membantu mereka untuk mendapatkan produk berkualiti.
"Produk dan perkhidmatan penerima anugerah dapat membantu mereka terutama yang baru bergelar ibu.
"Apatah lagi penerima anugerah ini secara peribadi dipilih oleh pengguna sendiri melalui sistem pengundian yang tidak hanya menetapkan kekuatan jenama mereka tetapi juga mempamerkan penghargaan kepada ibu bapa untuk produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan," katanya.
Acara itu diakhiri dengan pelancaran rasmi laman web Motherhood.com.my dan jualan gudang yang akan bermula Jumaat sehingga Ahad ini.