Normal Baharu: Jual ikan terubok masin Sarawak secara 'online'

Astro Awani
April 21, 2020 16:16 MYT
Rozaini menyiapkan tempahan pelanggan ikan terubok masin dari Semenanjung dan Sabah. - Foto Astro AWANI.
Tempoh untuk terus kekal duduk di rumah ketika ini tidak menjadi pemutus rezeki buat peniaga ikan terubok masin, Rozaini Deli dari Sarawak ini.
Malah, dia meneruskan perusahaan itu secara dalm talian sebagai alternatif untuk menjana pendapatan ketika tempoh sukar ini.
Kata Rozaini, beliau tidak menang tangan mengendalikan perusahaan itu kerana mendapat permintaan tinggi pelanggan terutamanya dari Semenanjung dan Sabah.
“Dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP), memang ada banyak perbezaan. Alhamdulillah permintaan setakat ini tinggi
“Ketika ini, sekiranya pelanggan tidak dapat datang ke Sarawak, saya juga ada melakukan penghantaran menerusi kurier,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Ujar Rozaini, kaedah penghantaran melalui kurier memudahkan pelanggan kerana tempahan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan selamat.
“Ketika ini rangkaiannya percuma dan ada bermacam cara seperti menggunakan Facebook dan aplikasi Whatsapp. Saya juga menerima pembayaran secara dalam talian,” tambahnya lagi.
Selain itu, bagi pengusaha ikan terubok masin ini, platform media sosial dilihat sebagai platform yang dapat membantu peniaga dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka meskipun perlu berdepan cabaran yang tidak dijangka seperti penularan wabak COVID-19 ini.
#Astro Awani #AWANI Sarawak #COVID-19 #Facebook #Ikan Terubok Masin #perintah kawalan pergerakan #PKP #Rozaini Deli #Sarawak #WhatsApp
;