Nombor plat RM1.1 juta: Lebih baik beli 5 rumah teres?

Andy Reza
Ogos 24, 2018 17:27 MYT
Malaysia 1: Mahalnya! - Gambar fail
HARI ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan nombor plat khas Malaysia 1 berjaya dijual dengan harga 1.1 juta ringgit, sekali gus menjadikannya bidaan tertinggi diperoleh kerajaan setakat ini.
Nilai RM1.1 juta itu sebenarnya, hampir menyamai jumlah 3 unit rumah jenis apartment seluas 906 kaki persegi dengan 2 bilik tidur dan dua bilik air, berharga RM385 ribu setiap satu, dibawah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).
Itu di ibu kota.

Nombor plat RM 1.1 juta... Lebih baik beli 5 rumah teres? Apa komen anda? Laporan penuh dalam Buletin #AWANI745 malam ini. @501Awani pic.twitter.com/nv8bXPYMqF

— Andy Reza AWANI (@andyrezaAWANI) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Alor Setar, Kedah misalnya, nilai RM1.1 juta, hampir menyamai jumlah 5 unit rumah teres setingkat, yang berkeluasan 1,105 kaki persegi, dengan 3 bilik tidur dan dua bilik air. Setiap unit dianggarkan bermula dengan harga RM188 ribu.
Bukan itu sahaja, lebih 32 buah kereta Axia dengan varian 1.0 liter standard G automatic boleh dibeli dengan jumlah RM1.1 juta. Juga, lebih 275 buah motor KRISS MR2 keluaran MODENAS, yang berharga RM3,890 ringgit seunit.
#Anthony Loke #Axia #kenderaan #MALAYSIA 1 #modenas #nombor plat #pengangkutan #PR1MA
;