KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus susut berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi ini berikutan potensi kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.3045/3080 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.2875/2910
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan terus kekal lemah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 3 dan 4 Mei.
"Masalah yang kita lihat pada masa ini ialah kita dihujani dengan pelbagai pandangan yang datang daripada pegawai Rizab Persekutuan AS. Sesetengah pihak mungkin lebih suka kenaikan secara agresif manakala ada pula yang memilih untuk melakukan penurunan yang lebih ketara dalam pengurangan imbangan kira-kira.
"Pandangan yang pelbagai ini telah menyelubungi pertimbangan pasaran yang mengakibatkan penyongsangan keluk hasil pada awal April yang kemudiannya telah menghidupkan semula idea tentang kemelesetan yang akan berlaku," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata secara ringkas, terdapat penghindaran risiko yang berlebihan pada masa ini yang boleh mendorong kepada mata wang selamat yang lebih tinggi.
"Sehingga ketidaktentuan yang berlebihan ini dapat diredakan, kita akan terus melihat ringgit yang lebih lemah dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kenaikan 50 mata asas pada Mei dan Jun telah diperkukuhkan lagi oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell
"Tetapi Presiden Rizab Persekutuan San Francisco Mary Daly ada menyebut kemungkinan kenaikan 75 mata asas. Kita melihat kenaikan 50 mata asas kini telah diambil kira sepenuhnya untuk mesyuarat Julai Fed tetapi pada masa yang sama sepatutnya turut menjangkakan penetapan 75 mata asas bagi bulan Mei dan Jun," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3488/3517 daripada penutup Khamis 3.3478/3508 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6665/6703 daripada 4.6794/6832 semalam.
Nilai ringgit turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1542/1570 daripada penutupan Khamis 3.1496/1524 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.6070/6116 daripada 5.6003/6049.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.3045/3080 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 1) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Moe Thuzar, Senior Fellow at ISEAS Yusof Ishak Institute in Singapore. She’s also the Coordinator of its Myanmar Studies Programme.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
AWANI Tonight 29 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
Ringgit ditutup tinggi, cerminkan trend serantau
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.
AWANI Tonight: Hybe's shares slump after NewJeans splits from label
South Korea's largest K-pop agency Hybe saw a big drop in market value after NewJeans announced it was terminating its contract with Hybe sub-label Ador.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.