KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik kepada 6.5 peratus kepada RM148 bilion pada Januari 2023 berbanding 8.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata momentum positif yang berterusan diperkukuh oleh pertumbuhan dua angka dalam peralatan pengangkutan dan perkilangan lain (14 peratus) serta subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (10.1 peratus).
"Bagaimanapun, nilai jualan yang didaftarkan pada Januari adalah yang paling rendah dicatatkan sejak Mei 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata nilai jualan industri berorientasikan eksport yang menyumbang 71.3 peratus daripada jumlah jualan, mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 6.9 peratus pada Januari berbanding 9.2 peratus pada Disember 2022.
"Prestasi sederhana itu juga seiring dengan penurunan eksport produk perkilangan pada bulan itu," katanya.
Trend yang sama dicatatkan dalam nilai jualan industri berorientasikan domestik yang menyederhana kepada 5.6 peratus daripada pertumbuhan 7.7 peratus pada bulan sebelumnya.
"Berbanding dengan bulan sebelumnya, nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport terus merosot selama empat bulan berturut-turut, mencatatkan negatif 6.9 peratus pada Januari manakala industri berorientasikan dalam negeri berkurangan sebanyak 1.6 peratus," tambahnya.
Mengulas mengenai bilangan pekerja, Mohd Uzir berkata terdapat 2.34 juta orang yang terlibat dalam sektor pembuatan pada Januari, peningkatan sebanyak 3.0 peratus berbanding 2.27 juta orang yang didaftarkan setahun lalu (Disember 2022: 3.4 peratus).
Kenaikan itu kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan pekerja dalam makanan, minuman dan produk tembakau (4.7 peratus); produk elektrik dan elektronik (4.3 peratus) dan subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (2.1 peratus).
Susulan aliran positif dalam pekerjaan, gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan meningkat empat peratus, berjumlah RM8.18 bilion pada Januari 2023 dengan purata gaji bulanan dan gaji setiap pekerja sebanyak RM3,494, mencatatkan peningkatan sebanyak 1.0 peratus tahun ke tahun, katanya.
Nilai jualan bagi setiap pekerja ialah RM63,200 yang melonjak 3.4 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Mohd Uzir berkata momentum positif yang berterusan diperkukuh oleh pertumbuhan dua angka dalam peralatan pengangkutan dan perkilangan lain (14 peratus) serta subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (10.1 peratus). - Gambar fail
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Kempen Beli Barangan Malaysia sasar RM100 bilion nilai jualan hingga Disember - Alexander
Sasaran itu bersandarkan sektor peruncitan yang semakin pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.