Nilai emas jatuh akibat pengukuhan dolar AS

Ibrahim Sani
November 22, 2017 10:57 MYT
Para pelabur emas mungkin lebih memberi tekanan kepada nilai dolar berbanding emas.
Perdangan Emas mengalami keruntuhan apabila harga komoditi itu jatuh merudum pada sesi perdagangan Isnin, dengan harga mencecah di bawah $1275 satu aun troy, hasil pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).
Walaupun ketidakpastian politik yang kini melanda Eropah mungkin menyokong harga menjadi lebih tidak stabil, para pelabur emas mungkin lebih memberi tekanan kepada nilai dolar berbanding emas.
Lukman Otunuga, Penganalisis Penyelidikan di FXTM, mengulas "Fokus pada hari ini, harga telah naik sedikit lebih tinggi ke arah $1,280 satu aun troy, menjelang minit mesyuarat FOMC (bank pusat AS) yang dijadual dikeluarkan pada hari Rabu."
"Pasaran secara meluas menjangkakan kenaikan kadar faedah AS pada bulan Disember, para pelabur kemungkinan besar akan menyisir dengan cepat selama beberapa minit untuk melihat pandangan baru dalam dasar monetari pada 2018."
Harga emas bergantung rapat dengan nilai dolar
Oleh kerana harga emas bergantung rapat dengan pergerakan nilai dolar AS, nada minit mesyuarat memainkan peranan penting di dalam menentukan pergerakan harga emas pada minggu ini.
Lukman mengulas lagi, "Emas mungkin di bawah tekanan jualan yang baru, jika minit FOMC dipersembahkan dengan nada yang lebih 'hawkish', dan jika minit FOMC memberi kejutan dengan nada yang lebih 'dovish', emas mungkin menjadi tarikan pelabur.
#Bursa Malaysia #chicago mercentile exchange #cme #crude oil #dolar #emas #Gold #logam #minyak #silver #WTI
;