Kontrak hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan bergerak mendatar minggu depan kerana kekurangan minat, kata peniaga.

Bagi minggu baru berakhir, kegiatan dagangan dicatatkan hanya pada Rabu dengan jumlah dagangan sebanyak 580 lot berbanding 1,000 lot minggu lepas.

Pasaran hanya dibuka selama tiga hari minggu ini disebabkan cuti umum pada Isnin sempena Thaipusam dan Jumaat bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Kontrak Februari 2013, Mac 2013, April 2013 dan Jun 2013 masih tidak berubah, masing-masing pada 96.79, 96.79, 96.79 dan 96.78, pada Khamis.

Kepentingan terbuka susut kepada 11,515 kontrak pada Khamis, berbanding 11,945 pada Jumaat lepas.