Niaga hadapan FBM KLCI kukuh

Bernama
Disember 28, 2012 14:56 MYT
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif kukuh pada tengah hari Jumaat menjejaki kekukuhan pasaran tempatan, kata para peniaga.
Pada 12.30 tengah hari, Disember 2012, Januari 2013 dan Jun 2013 naik lima mata setiap satu masing-masing kepada 1,680, 1,684.5 dan 1,680, manakala Mac 2013 meningkat 5.5 mata kepada 1,683.5.
Jumlah dagangan berjumlah 3,655 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 36,354 kontrak.
FBM KLCI pendasar mengakhiri sesi pagi naik 5.74 mata ditutup kepada 1,679.9 pada 12.30 tengah hari.
#Bursa Malaysia #fbm klci #Kontrak niaga #para peniaga #pasaran
;