Negara pengeksport minyak mengalami defisit bajet
Agensi
November 16, 2015 17:37 MYT
November 16, 2015 17:37 MYT
Penyusutan harga minyak mentah global mengakibatkan negara pengeksport utama buat pertama kalinya berdepan dengan defisit bajet.
Aset yang menyumbang kepada kekayaan negara terbabit kini berdepan situasi pertumbuhan yang lembap.
Untuk tempoh jangka pendek penyusutan harga minyak mentah global masih dalam keadaan terkawal berikutan faktor pemampan yang mampu menyokong pengeksportan.
Bagaimanapun, situasi ini akan terus memberi tekanan kepada pasaran global.
Ia juga bakal menyaksikan tumpuan sektor minyak mentah beralih ke negara Asia yang mana kos pengeluarannya lebih murah dan efektif.
Bagi Amerika Syarikat, perkembangan ini bakal menyaksikan dana negara itu yang bergantung kepada eksport minyak mentah turut terjejas.