NCCIM lantik Datuk Low sebagai presiden baharu

Bernama
Ogos 10, 2021 04:51 MYT
Low(gambar) juga merupakan presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM). - Foto NCCIM
KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah melantik Datuk Low Kian Chuan sebagai presiden baharunya, berkuat kuasa Isnin, menggantikan Tan Sri Ter Leong Yap.
Low juga merupakan presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), demikian menurut NCCIM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
NCCIM adalah sebuah persekutuan lima pertubuhan perdagangan kebangsaan iaitu ACCCIM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.
-- BERNAMA
#NCCIM #Low Kian Chuan #Ter Leong Yap #ACCCIM #Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia