Naza sasar penjualan 35 unit model Ferrari F12 Berlinetta

Astro Awani
Mac 23, 2013 20:52 MYT
Naza Italia, pengimport dan pengedar tunggal jenama Ferrari di Malaysia, mensasarkan penjualan antara 30 dan 35 unit model Ferrari F12 Berlinetta yang baru dilancarkan pada tahun ini.
Naza Italia optimis sasaran berkenaan boleh dicapai bedasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pasaran bagi model baru berkenaan.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan bersama Naza Group, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, syarikat telah menerima tempahan bagi 20 unit sebelum model berkenaan dilancarkan.
Ferrari F12 Berlinetta menggantikan model GF 599-GTB, yang memenangi beberapa anugerah termasuk “2012 Top Gears Supercar”.
Pada tahun 2012 Naza Italia dinobatkan pengedar terbaik di Asia Pasifik dari segi jualan dan kepuasan pelanggan yang berjaya mengatasi Singapura, Indonesia, Taipei dan Thailand.
Ujar Faisal lagi, pasaran sasaran adalah 60 peratus daripada pemilik semasa GF 599- GTB dan 40 peratus daripadanya merupakan pelanggan pesaing.
Ferrari F12 Berlinetta boleh didapati dalam dua warna yang beharga RM3.3 Juta di atas jalan.
#F12 Bernetta #Ferrari #GF 599- GTB #naza italia
;