Nak pulang beraya? Jom pulang beraya bersama kempen eratkan jalinan dengan Tropicana Twister

Haikal Raman
April 13, 2023 09:00 MYT
Jom sertai dan dapatkan tiket pulang beraya menerusi kempen Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister bermula sekarang hingga 19 April ini!
KUALA LUMPUR: Ramadan akan melabuhkan tirai dan kemeriahan Syawal pula bakal kunjung tiba, kurang dari dua minggu kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri.
Waktu sekarang ni bukan hanya para ibu tengah sibuk membuat persediaan Syawal termasuk menyiapkan baju raya keluarga, perhiasan rumah, memastikan kuih-muih raya mencukupi, namun mereka yang merantau juga susah untuk membeli tiket pulang ke kampung.
Mana tidaknya, kalau tak beli tiket bas, tiket kereta api atau penerbangan awal nanti macam mana nak balik kampung kan? Kalau nak memandu sendiri, kena fikirkan mana nak servis kereta lagi, nak sediakan duit tol lagi, nak stres-stres hadap kesesakan berjam-jam lagi.
Penuntut institusi pengajian tinggi swasta, Nurul Fatin Aqilah Samsuri berkata, dia tidak sabar untuk pulang ke kampung pada tahun ini untuk berkumpul dan mengeratkan jalinan bersama keluarga besarnya di Batu Pahat, Johor.
“Sudah tentu saya tidak sabar untuk pulang beraya bersama mereka (keluarga besar) kerana Syawal disambut setahun sekali dan ini lah masa terbaik untuk berkumpul bersama serta menjalinkan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.
“Sebelum ini kan kita terikat dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), oleh demikian raya tahun ini adalah paling dinantikan dan tentunya saya berniat untuk pulang dan menikmati makna raya dengan sanak saudara,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Tinjaun Astro AWANI di ibu kota turut mendapati ada yang terpaksa menanggung untuk membeli tiket penerbangan yang mahal disebabkan mod pengangkutan seperti kereta api dan bas sudah habis terjual.
Menurut seorang pekerja swasta, Putri Noralisha Abdullah berkata, dia terpaksa membeli tiket penerbangan pada harga hampir RM500 untuk pulang beraya ke kampung halamannya di Kelantan.
Jom sertai kempen eratkan jalinan dengan Tropicana Twister
“Saya cuba untuk membeli tiket bas tetapi sudah habis terjual dan sebenarnya lebih memilih untuk menaiki bas disebabkan harganya jauh lebih murah berbanding kapal terbang. Tapi nak buat macam mana, terpaksa beli juga kalau tidak tak dapat pula beraya bersama keluarga.
“Harga tiket yang saya beli hampir mencecah RM500 berbanding sekitar RM300 sahaja bagi penerbangan waktu biasa. Mungkin disebabkan musim perayaan harga lebih mahal berbanding sebelum ini dan permintaan pula lebih tinggi,” ujarnya.
Namun, bagi penuntut institusi pengajian tinggi swasta, Muhammad Amirul Sudais Jamil pula, dia terpaksa akur untuk memilih menaiki bas untuk pulang ke kampungnya di Muar, Johor disebabkan tidak mampu untuk membeli tiket kapal terbang kerana terlalu mahal.
“Bagi saya sudah tentu lebih memilih untuk pulang beraya menaiki kapal terbang kerana lebih selesa dan tempoh perjalanan juga singkat. Kalau naik bas terpaksa la berada ‘atas jalan’ lebih lama disebabkan kesesakan jalan raya pada musim perayaan ini.
“Namun apabila ‘survey’ harga tiket kapal terbang, ia terlalu mahal untuk saya yang hanya seorang pelajar. Saya terpaksa membatalkan harsat tersebut serta memilih hanya untuk menggunakan perkhidmatan bas walaupun waktu perjalanan akan mengambil masa sekali ganda daripada tempoh biasa,” jelasnya.
Kebanyakan yang ditemui turut memberi respond sama iaitu tidak mahu memandu sendiri disebabkan kesesakan jalan raya dan lebih rela untuk menaiki mod perjalanan yang lain seperti bas, kereta api atau kapal terbang.
Jadi macam mana? Tak nak pulang beraya ke kalau tiada mod perjalanan lain dan terpaksa ‘stay’ di Kuala Lumpur keseorangan la jawabnya?
Jangan risau, jangan stres! Sebab jenama no.1* di Malaysia, Tropicana Twister kini memberi peluang kepada lebih 1,000 ahli keluarga untuk pulang beraya dan mengeratkan jalinan bersama keluarga tersayang dengan menawarkan tiket penerbangan dua hala, tiket kereta api atau bas sehala untuk lokasi terpilih di Malaysia secara percuma!
Tiket balik kampung disediakan termasuk:
1. 40 tiket penerbangan domestik (dua hala)
2. 150 tiket bas (sehala)
Bertolak dari pejabat Astro ke Penang, Kedah, Kuantan, Johor Bahru atau Melaka.
3. Lebih dari 800 tiket kereta api KTM (sehala)
Lokasi dari KL (KL Sentral) ke:
• Ipoh (destinasi adalah dari KL Sentral ke Kepong Sentral, Sungai Buloh, Rawang, Tanjung Malim, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh).
• Butterworth (destinasi adalah dari KL Sentral ke Sungai Buloh, Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam dan Butterworth).
• Padang Besar (destinasi adalah dari KL Sentral ke Sungai Buloh, Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Tasek Gelugor, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar).
• Tumpat (destinasi adalah dari KL Sentral ke Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat).
Menarikkan? Banyak tiket untuk dimenangi! Hanya ikuti langkah ini untuk menangi tiket-tiket ini secara percuma:
Langkah 1: Layari www.tropicanatwister.my untuk sertai sekarang.
Langkah 2: Pilih mana-mana tiket yang anda ingin menangi
Langkah 3: Jawab dua soalan mudah Tropicana Twister dan peluang untuk menangi tiket balik kampung!
*Peraduan akan berakhir pada 19 April 2023!*
Sertai sekarang! Jangan lepaskan peluang pulang ke kampung halaman untuk eratkan jalinan bersama keluarga anda.
Eratkan jalinan dengan Tropicana Twister yang mengandungi Vitamin C. Daripada jenama No. 1* di Malaysia.

*Minuman Buah-buahan dalam Kategori Sedia untuk Diminum – Penyataan yang dibuat dari ETIKA SDN. BHD. adalah laporan daripada Nielsen IQ. No. 1 bagi Jumlah Keseluruhan Malaysia untuk segmen Minuman Buah-buahan dalam Kategori Sedia untuk Diminum berdasarkan Indeks Servis Pasaran selama 52 minggu berakhir 07/31, 2022 (hak cipta © 2022, NielsenIQ)
*Artikel ini adalah kandungan berbayar

#Tropicana Twister #Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister #pulang beraya #Kemeriahan Syawal
;