Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai kedudukan ekonomi negara minggu depan.
"Saya akan buat kenyataan minggu depan," katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai sasaran ekonomi, bajet dan fiskal, berikutan kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China, di sini hari ini.
Najib menerima bantuan itu daripada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.
Bantuan berkenaan antara lain terdiri daripada 2,950 unit khemah, 220 set jana kuasa, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set penulenan air dengan kapasiti 500 liter/sejam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Sejak subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dihapuskan serta harga runcit bagi bahan api itu ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal, negara menyaksikan penurunan harga sebanyak dua kali sejak Disember 2014.
Pada 1 Disember lalu, harga RON97 telah turun 9 sen kepada RM2.46 seliter, dan RON95 pula jatuh 4 sen menjadi 2.26 sen seliter, manakala harga diesel pula mengalami kenaikan 3 sen kepada 2.23 sen seliter.
Tahun baru pula menyaksikan harga bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelumnya manakala diesel diturunkan sebanyak 30 sen.
Sehubungan itu, harga runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.
Ben Dolnick
Tue Jan 13 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat peralatan yang diserahkan pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir dari Kerajaan China kepada Malaysia melalui Kementerian Pertahanan. - Foto Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).