Myvi baharu lebih murah, banyak teknologi baharu

Najib Aroff
November 16, 2017 19:19 MYT
Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300. - Instagram/myperodua_instagram
Perodua mensasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.
Tempahan itu lebih 70 peratus melibatkan varian 1.5 liter berwarna silver.
Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, Myvi dengan rekaan serba baharu itu menampilkan teknologi terkini, keselamatan pintar dan dianugerahkan 5 bintang bagi penarafan keselamatan ASEAN NCAP.
“Model terbaharu ini menampilkan teknologi yang sebelum ini hanya dimiliki oleh model premium, ia sekaligus menetapkan penanda aras kualiti bagi kami dari segi rekaan dan keseluruhan penawaran bagi model masa hadapan kami," katanya.
Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi empat beg udara.
Antara ciri utama model terbaharu Myvi termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas.
“Kesemua ciri-ciri ini merupakan yang pertama bagi segmen harga model ini. Bagaimanapun keselamatan masih bergantung kepada pemandu dan kesemua sistem hanyalah bertindak sebagai pembantu," kata Aminar.

Myvi baharu akan dilancarkan sebentar sahaja lagi @501Awani pic.twitter.com/WQJZCgMvYg

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perodua Myvi terbaharu secara rasmi dilancarkan @501Awani pic.twitter.com/GVYIow1d4M

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perodua sasar jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu. Sehingga hari ini sejumlah 5 ribu tempahan diterima sejak dibuka pada 9 November 2017. Lebih 70% melibatkan model 1.5 liter berwarna silver @501awani

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi 4 beg udara.

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara ciri utama model terbaharu Myvi termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas.

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain itu, Myvi terbaharu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini.

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Myvi terbaharu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini.
Sejumlah enam varian warna diperkenalkan antaranya Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Model Myvi terbaharu ini 100 peratus direka oleh 59 orang anak tempatan bagi mengantikan model terdahulu yang diiktiraf sebagai model paling laris di Malaysia bagi 9 tahun berturut-turut.
“Kami lalui pelbagai proses ketat untuk meluluskan rekaan ini. Model ini juga menampilkan 90 peratus komponen dihasilkan secara tempatan.” Tambah Aminar sambil menyangkal dakwaan model Myvi baharu meniru model jenama besar di pasaran.
“Kami mempunyai pasukan Kajian dan Pembangunan (R&D) kami sendiri yang menghasilkan rekaan ini.” Katanya.
Tahun ini Perodua menyasarkan Jumlah Jualan Tahunan (TIV) 200 ribu kenderaan dengan Myvi merangkumi 75 ribu hingga 80 ribu setahun.
Kelulusan pinjaman model Perodua
Dalam pada itu Aminar berkata jumlah kelulusan pinjaman bagi model Perodua menurun kepada antara 47 hingga 48 peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Sebelum GST, kelulusan pinjaman bagi model kami adalah sekitar 70 peratus. Namun Perodua masih menjadi jenama paling menarik untuk kelulusan pinjaman,” katanya.
Menyentuh tentang pasaran eksport, Aminar berkata pihak Perodua akan menumpukan kepada pasaran domestik terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan eksport.

Sejumlah enam varian warna diperkenalkan antaranya Ivory White, Glitering Silver, dan Lava Red.

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Model Myvi terbaharu ini 100 peratus direka 59 orang anak tempatan bagi mengantikan model terdahulu yang diiktiraf sebagai model paling laris di Malaysia bagi 9 tahun berturut-turut.

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Presiden dan CEO Perodua berkata jumlah kelulusan pinjaman bagi model Perodua menurun kepada antara 47% hingga 48% selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berbanding 70% sebelum pelaksanaan GST @501Awani

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) November 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masih beri penekanan kos pemilikan
Perodua masih memberi penekanan kepada kos penyelenggaraan kenderaan di semua pusat servis supaya ia mampu milik, katanya.
“Tidak benar jika ada yang mengatakan kos selenggara di pusat servis kami semakin mahal. Mungkin ada satu atau dua bahagian alat ganti yang meningkat harga namun ia masih terkawal.
“Kami mempunyai program yang memperkenalkan alat ganti original pada harga yang berpatutan bagi menarik kembali pelanggan kami yang sebelum ini menyelenggara kenderaan mereka di bengkel luar," katanya.
Kos pemilikan keseluruhan termasuk kos penyelenggaraan menjadi kunci kejayaan utama jenama itu sejak sekian lama.
#Aminar Rashid Salleh #ASEAN #ASEAN NCAP #cukai barang dan perkhidmatan #EEV #GST #Jumlah Jualan Tahunan #Kenderaan Cekap Tenaga #Myvi #Perodua #TIV
;