Proses permohonan pembiayaan SME Bank dipendekkan kepada 14 hari bekerja dengan sejumlah 41 peratus langkah dalam proses permohonan dikurangkan.
Semua itu dicapai melalui inisiatif terbaharu SME Bank, MYSMEBank, sistem permohonan pembiayaan atas talian di mana usahawan boleh membuat permohonan pembiayaan secara atas talian.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, sistem itu juga bakal memudahkan proses permohonan dan kelulusan serta lebih telus.
“Yang baiknya pelanggan boleh periksa tahap kemajuan permohonan dan jika ada sebarang masalah, ia berada dalam talian dan telus.
“Jika dahulu perlu telefon Bank dan berbagai lagi, kini hanya atas talian. Ini trend satu dunia. Di Malaysia kita mengambil pendekatan bertimbang rasa (dengan mengekalkan urusan di kaunter) kerana masih ada usahawan yang mahu ikut cara lama," katanya di majlis pelancaran MYSMEBank di sini, baru-baru ini.
MYSMEBank akan turut diintegrasikan bersama sistem sedia ada iaitu Book Your Banker BYB di mana usahawan boleh berhubung terus dengan pegawai-pegawai SME Bank.
MYSMEBank yang merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sudah merekodkan pendaftaran 100 usahawan sejak prapelancaran berlangsung pada 2 Februari lalu.
Sementara itu bagi usahawan yang tidak menepati kriteria permohonan, mereka akan dirujuk kepada Centre for Entreprenuer Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) dan Bahagian Pembangunan Usahawan SME Bank untuk khidmat nasihat dan latihan
Najib Aroff
Wed Feb 14 2018

MYSEMBank bakal memudahkan proses permohonan dan kelulusan serta lebih telus. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

SME Bank terbit sukuk RM600 juta
Permintaan yang tinggi membolehkannya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia.