MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat
Astro Awani
Mei 17, 2019 17:49 MYT
Mei 17, 2019 17:49 MYT
APLIKASI eksklusif MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dapat membantu anda membuat persiapan bagi menempuh alam persaraan.
Ia bagi menyambut usaha kerajaan untuk meningkatkan daya celik teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia ketika menuju ke arah pembangunan moden.
Terdapat Program Manfaat dalam aplikasi MyPesara yang tampil dengan pelbagai tawaran dan diskaun istimewa oleh rakan niaga terpilih seperti Celcom, Domino’s, Farmasi Alpro, Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Sentosa, KPJ Healthshoppe, MyNEWS.com, Grab dan Mydin.
Aplikasi ini bertindak sebagai satu platform untuk memudahkan pesara atau mereka yang bakal bersara kerana penyediaan informasinya memudahkan kumpulan sasar ini menjalani alam persaraan dengan lebih menyeronokkan dan terancang.
MyPesara memberi peluang kepada pengguna untuk merancang dan mengurus persaraan masing-masing dengan cekap dari segi kewangan, kesihatan dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh KWAP kepada pesara kerajaan.
Aplikasi ini menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan menawarkan promosi produk berasaskan kesihatan dari rakan strategik yang terpilih.
Apa yang lebih istimewa tentang teknologi ini adalah diskaun yang ditawarkan oleh rakan strategik untuk pakej pemeriksaan kesihatan terpilih.
Selain itu, pengguna juga boleh memilih pelan data dan peranti mudah alih dengan pakej istimewa yang disediakan.
Aplikasi MyPesara ini akan sentiasa menghantar peringatan kepada pengguna jika terdapat potongan harga barangan mengikut musim.
Tip dan informasi terkini tentang perniagaan kesihatan serta perancangan kewangan juga boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana sahaja.
Ia dibantu rakan strategik iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang memberi maklumat dan pengiraan perancangan kewangan.
MyPesara membantu pengguna dalam pengurusan perbelanjaan dengan menawarkan harga promosi mengikut setiap musim.
Hire.Seniors juga turut menyediakan peluang pengambilan semula kerja untuk pesara serta bimbingan kerjaya apabila mereka melangkah kembali ke alam pekerjaan.
MyPesara mempunyai komponen berkesan untuk membantu para pesara merancang masa hadapan dengan lebih efektif.
Muat turun aplikasi MyPesara di Google Play Store atau Apple App Store secara percuma sekarang untuk menikmati faedah Program Manfaat.
#celcom
#Domino's
#grab
#IJN
#Institut Jantung Negara
#KPJ Sentosa
#Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan
#KWAP
#Malaysia Baharu
#MYDIN
#MyNEWS com
#MyPesara
#rakyat Malaysia