MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
Dagang News
Januari 6, 2024 13:10 MYT
Januari 6, 2024 13:10 MYT
KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
Penyambungan semula berlaku selepas selesainya peningkatan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri.
Pada 16 Oktober 2023, MyEG menerima surat kelulusan daripada kementerian untuk lanjutan perkhidmatan tersebut bagi tempoh 2 tahun.
"Dengan penyambungan semula, pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Januari 2024 untuk memohon pembaharuan PLKS untuk pembantu rumah dan pekerja asing serta menikmati kemudahan supaya dokumen berkaitan dihantar ke premis mereka," kata syarikat itu dalam kenyataan.
Untuk pertanyaan, pengguna boleh menghubungi:MYEG HQ: 03-7801 8888, SABAH: 088-702459 / 088-702259Alamat e-mel: help@myeg.com.mySembang Langsung: https://wid-chat.myeg.com.my/chatwidget/
Menurut kenyataan itu lagi, sebagai penyedia perkhidmatan digital, MyEG kekal komited untuk terus menyediakan pengalaman tanpa kerumitan, selamat dan cekap untuk pengguna dalam berurus niaga dengan agensi-agensi kerajaan. - DagangNews