MYEG Medical dilantik sebagai pengedar eksklusif ujian COVID-19 BreFence Go
Bernama
Disember 23, 2021 08:07 MYT
Disember 23, 2021 08:07 MYT
KUALA LUMPUR: MYEG Medical Services Sdn Bhd, sub-subsidiari milik penuh MY E.G. Services Bhd (MYEG), telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk Sistem Ujian Nafas Breathonix Pte Ltd BreFence Go COVID-19 (BreFence Go) di Malaysia.
MYEG Medical telah memeterai perjanjian pengedaran eksklusif yang komprehensif dengan Breathonix pada Rabu.
MYEG Medical akan menjadi pengedar untuk semua segmen pasaran di Malaysia untuk pemasaran, penjualan dan pengedaran produk berkontrak BreFence Go, kata MYEG.
"Perjanjian itu adalah selama tiga tahun bermula 22 Dis 2021 (penggal permulaan) dan pembaharuan tahunan automatik untuk tempoh setahun selepas penggal permulaan dan penggal berikutnya," kata MYEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Perjanjian itu kini akan menggantikan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 24 Mei 2021, dan oleh itu, MoU itu tidak akan wujud lagi.
Pada 24 Mei, MYEG memeterai MoU dengan Breathonix untuk pengenalan perintis sistem ujian nafas pantas untuk saringan virus COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA