MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Israr Khalid
Mei 17, 2024 16:52 MYT
Mei 17, 2024 16:52 MYT
KUALA LUMPUR:
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menyertai pameran dagang IMEX Frankfurt yang berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2024 di Frankfurt, Jerman.
MyCEB ditemani 13 pempamer termasuk biro-biro pelancongan dan pameran negeri, pusat-pusat konvensyen, hotel-hotel dan para pemain industri seperti penganjur persidangan profesional dan syarikat-syarikat pengurusan destinasi.
Tahun ini menjadi tahun ke-12 penampilan MyCEB dalam IMEX Frankfurt, menyokong pameran ini sejak 2011.
Sejajar dengan Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia 2021-2030, usaha MyCEB dalam melaksanakan pelan-pelan tindakan untuk melonjakkan industri acara perniagaan Malaysia disusun dengan menggerakkan setiap segmen acara perniagaan yang relevan dengan negara-negara peserta yang disasarkan.
Penyertaan tahun ini juga tepat pada masanya dan penting ketika MyCEB sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Keberadaan di Frankfurt yang terkenal sebagai destinasi pilihan segmen korporat, MyCEB bersungguh untuk berhubung secara peribadi dengan para perancang, pembuat keputusan dan pempengaruh dalam industri acara perniagaan ketika pameran dagang tersebut menerima kehadiran lebih 4,000 pembeli yang dijangkakan.
MyCEB mengambil peluang emas ini untuk mengetengahkan kempen MyTripleE dengan temu janji terjadual yang memberi keutamaan kepada industri automobil, alam sekitar, farmaseutikal dan sains.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambik Chik berkata, keinginan mereka untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara perniagaan tak pernah berganjak dan akan terus memberikan maklumat tangan pertama tentang apa yang baharu dan segar di negara ini bagi memenuhi keperluan komuniti acara perniagaan di setiap pameran yang MyCEB sertai, kekal pada landasan untuk mencapai Pelan Pemasaran Strategik menjelang 2030.
“Tambahan pula, kami sentiasa teruja untuk bertukar pengetahuan dan teraju perniagaan ketika pavilion Malaysia terus menjadi tarikan untuk audiens kami.
“Tahun lepas, IMEX Frankfurt membantu delegasi Malaysia secara kolektifnya menempah kira-kira 57,700 janji temu dari 84 negara, dan kami pastinya melihat untuk melepasi angka itu tahun ini.”
Pavilion Malaysia di A220 mempamerkan permainan-permainan tradisional serta menawarkan juadah-juadah tempatan untuk memberi sedikit bingkisan tentang negara kita kepada pengunjung.
Tambahan pula, delegasi Malaysia mengatur aktiviti-aktiviti tambahan termasuk pertemuan dengan Asia Convention Alliance (ACA) pada 13 Mei dan resepsi rangkaian di pavilion Malaysia pada 15 Mei.
Senarai para pempamer bersama di reruai Malaysia, A220:
1. Penang Convention & Exhibition Bureau
2. Sabah Convention Bureau
3. Kuala Lumpur Convention Centre
4. Malaysia International Trade & Exhibition Centre
5. World Trade Centre Kuala Lumpur
6. Sabah International Convention Centre
7. Mandarin Oriental Kuala Lumpur
8. Sunway Resort hotel
9. Intercontinental Kuala Lumpur
10. Amari SPICE Penang
11. Olive Tree Hotel, Penang
12. Asian Trails
13. Xpedition Events Sdn. Bhd.