MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024

Israr Khalid
Jun 28, 2024 17:52 MYT
Delegasi Malaysia bergambar di Pavilion Malaysia pada acara The Meetings Show London, 19 hingga 20 Jun 2024.
KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) hadir dengan penampilan penuh bermakna pada The Meetings Show London yang berlangsung pada 19 hingga 20 Jun 2024 lalu di ExCeL London, United Kingdom.
Acara ini menyediakan platform luar biasa untuk Malaysia menyorot industri acara perniagaannya yang semakin rancak serta menarik perhatian para pembeli antarabangsa juga penganjur acara dari serata dunia.
MyCEB, bersama pemain-pemain industri berpengaruh, seperti Business Events Sarawak (BESarawak), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), Pusat Pameran Antarabangsa Sabah (SICC), Sunway Resorts Hotel, Marriott Hotels, IOI Resort City Putrajaya, dan Destination Asia Malaysia, dengan bangganya mewakili negara dengan penyertaan berprestij di bawah Pavilion Malaysia.
Misi kolektif mereka adalah untuk menempatkan Malaysia sebagai destinasi terunggul di Asia, mengetengahkan keupayaannya yang tiada tandingan, menampilkan fasiliti terkini, serta pengalaman budaya yang imersif.
“The Meetings Show London 2024 telah menjadi sebuah platform yang tidak ternilai buat kita untuk mempamerkan kehebatan Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan.
“Penyertaan kita tidak hanya membolehkan kami menyorot tawaran-tawaran unik Malaysia tetapi juga memupuk kerjasama antarabangsa, mendorong pertumbuhan jangka panjang, dan kemakmuran untuk industri kita.
“Kita komited mengangkat pendirian global Malaysia dan menjangkakan kehadiran lebih banyak acara antarabangsa di tanah kita,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik.
Penyertaan MyCEB dalam The Meetings Show London sejak 2017 jelas menunjukkan komitmen jitunya kepada industri global.
Sejak 2017 hingga 2023, dedikasi ini membawa hasil yang luar biasa, dengan keseluruhan kehadiran berjumlah 6,625 delegasi dari pelbagai segmen acara perniagaan yang menyumbang kepada impak ekonomi yang dianggarkan bernilai RM116 juta.
Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak muncul sebagai lokasi pilihan, diraikan atas sebab keterhubungannya yang strategik, kecanggihan bandar dan biodiversiti yang kaya.
Acara tersebut berperanan sebagai arena dinamik untuk delegasi Malaysia berhubung dengan pelbagai spektrum pemegang taruh acara-acara perniagaan antarabangsa, menekankan insfrastruktur hebat, kemudahan kontemporari, dan tarikan tiada tandingan yang ada di Malaysia.
Libat urus ini tidak hanya memperkukuh pendirian kompetitif Malaysia tetapi juga menggariskan kesegeraannya untuk menganjurkan persidangan dan pameran antarabangsa berskala besar.
Para pengunjung di Pavilion Malaysia mengambil peluang untuk meneroka Malaysia menerusi tawaran yang diolah khas seperti Kempen MyTripleE, serta Program Sokongan dan Bantuan.
Pakej-pakej imersif ini menawarkan hospitaliti mesra Malaysia dan keupayaan logistiknya yang lancar,
Malah, pengunjung juga berpeluang menikmati kekayaan budaya Malaysia menerusi pameran kraftangan tempatan.
#MyCEB #The Meetings Show London 2024
;