#MyAPEC2020: Kelestarian inovasi 4IR teras ekonomi mampan
Harits Asyraf Hasnan, Hafidah Samat
Disember 9, 2019 11:15 MYT
Disember 9, 2019 11:15 MYT
Dalam menangani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat, APEC 2020 turut menengahkan kelestarian inovasi dalam teras ekonomi mampan bagi mendapatkan kerjasama inklusif 21 anggota ekonomi yang bakal bersidang pada November 2020,.
Dalam ucaptama Simposium Bidang Keutamaan APEC 2020 Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai-Pegawai Kanan APEC 2020, Pengerusinya, Hairil Yahri Yaacob, Malaysia bakal mengambil langkah proaktif sebagai tuan rumah APEC 2020 bagi membentuk rangka kerja menjurus kepada kelestarian inovasi dalam lanskap ekonomi mampan serantau.
"Benar, kemajuan ekonomi membawa bersamanya janji yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat, namun, ia juga mampu memberi ketidakpastian dan jika ini tidak diberi perhatian sepenuhnya, terutamanya dalam maslah sosio-ekonomi seperti pengangguran," kata Hairil Yahri.
"Kerjasama dari 21 anggota ekonomi APEC untuk menfokuskan perbincangan terhadap dan pemerkasaan ekonomi melangkaui masyarakat dalam negara,” tambahnya.
Dalam persidangan APEC (di Vietnam) pada 2017, komuniti serantau APEC mencapai kata sepakat dalam pembentukan polisi bagi ekonomi inklusif pada 2030 bagi memanfaatkan integrasi ekonomi yang dapat dikongsi bersama.
“Oleh itu, Malaysia menyahut cabaran ini dalam memperkenalkan program-program asas dan inisiatif APEC dalam membentuk pembangunan inklusif untuk wanita, belia, ‘startups’ dan warga emas dalam lanskap teknologi dan ekonomi digital,” katanya.
Kelestarian dan inovasi adalah antara fokus utama APEC 2020 teruatamanya dalam kelestarian alam sekitar dan perubahan cuaca global.
“Sejak setahun lalu, isu cuaca menjadi perbincangan utama masyarakt global. Remaja 16 tahun, Greta Thurnberg menjadi pemangkin dalam mengkritik pemimpin dunia yang alpa tentang kelestarian alam sekitar,” katanya.
“Jika dahulu isu-isu pembuangan sisa plastik, contohnya tidak mendapat keutamaan dalam perbincangan APEC, kini diskusi berhubung ekosistem iklim dan cuaca akan menjadi salah satu fokus utama dalam APEC 2020 dalam usaha untuk kekal relevan dalam perubahan cuaca dunia,” tambahnya.
"Ini dapat dicapai dalam memperkenalkan perubahan struktural melalui perdagangan dan pelaburan efisyen dalam kalangan enggota ekonomi APEC yang didokong penyebaran teknologi mesra alam.
Beliau berkata demikian dalam Simposium Bidang Keutamaan APEC 2020 yang membuka tirai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Simposium kali ini dihadiri delegasi dari 21 anggota ekonomi APEC dari Amerika Syarikat, Chile, China, Indonesia dan Vietnam.
Pelancaran APEC 2020 disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Cyberjaya pada 4 Disember lalu.
APEC yang terdiri daripada 21 anggota ekonomi merupakan forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 bagi memanfaatkan kebergantungan yang semakin meningkat dalam kalangan negara Asia Pasifik, bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran dengan menggalakkan keseimbangan, inklusif, kelestarian, inovatif dan jaminan pertumbuhan termasuk meningkatkan lagi integrasi ekonomi serantau.
Forum perdagangan global yang terkemuka itu akan menyediakan banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkembang khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan mengambil bahagian dalam persediaan serta penganjuran acara itu.
Ini sejajar unsur teras dan matlamat penganjuran APEC 2020, iaitu 'Perkongsian Kemakmuran', 'Hospitaliti Malaysia' dan 'Malaysia Boleh'.
#4IR
#alam sekitar
#APEC 2020
#cuaca
#Hairil Yahri Yaacob
#iklim
#Langkawi
#Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan APEC 2020
#MyAPEC2020
#Revolusi Perindustrian Keempat
#teknologi