KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan, bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang bermula serendah RM48.
Dalam kenyataan hari ini, katanya penerbangan terus itu akan bermula pada 1 Dis 2022 dengan penerbangan sekali sehari ke Kuching serta ke Kota Kinabalu dan Langkawi sebanyak dua kali sehari.
"Mulai 2 Dis dan seterusnya, MYAirline akan terbang ke Kuching dua kali sehari manakala penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada tiga kali sehari mulai 23 Dis," katanya.
Penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang dilengkapi 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.
"Tambang termasuk semua bermula serendah RM48 dari Kuala Lumpur ke Langkawi manakala tambang ke Kuching dan Kota Kinabalu masing-masing bermula serendah RM68 dan RM88.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web MYAirline di www.myairline.my mulai 26-30 Nov 2022 untuk tempoh perjalanan bermula 1 Dis 2022 hingga 25 Mac 2023.
Sebagai sebahagian daripada promosi ini, syarikat penerbangan tersebut turut menawarkan baucar eksklusif MYAirline untuk penerbangan mulai 1 hingga 15 Dis 2022.
Pada masa depan, MYAirline berkata ia bercadang melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu serta destinasi utama lain di Malaysia selepas menerima kelulusan daripada pengawal selia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo berkata kekerapan penerbangan akan ditingkatkan apabila rangkaian domestik syarikat penerbangan itu berkembang.
Beliau berkata pihaknya turut bercadang untuk memulakan penerbangan di rantau ASEAN selewat-lewatnya pada suku kedua 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

MYAirline bercadang melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu serta destinasi utama lain di Malaysia selepas menerima kelulusan daripada pengawal selia. - Gambar/ FB MYAirline
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.

Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.

MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.

MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.

Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.

Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.

MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.

Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.