Mukhriz dan isteri lepaskan pegangan saham utama Opcom

Bernama
Februari 11, 2021 14:21 MYT
Mukhriz melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah melupuskan sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd, melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Opcom berkata pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga perniagaan langsung pada 10 Februari.
Dalam satu kenyataan yang berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan saham utama dalam Opcom.
Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada hari Rabu.
-- BERNAMA
#Mukhriz Mahathir #isteri #Opcom #Bursa Malaysia #saham #pemegang saham utama