Muhammad Noor meletakkan jawatan sebagai pengarah Malakoff

Bernama
Ogos 28, 2017 16:20 MYT
Muhammad Noor sekarang ini berada dalam lembaga pengarah SapuraKencana Petroleum Bhd dan Lafarge Malaysia Bhd. - Gambar fail
Datuk Muhammad Noor Hamid akan meletakkan jawatan sebagai pengarah di Malakoff Corp Bhd berkuat kuasa 31 Ogos 2017.
Malakoff dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata peletakan jawatan itu adalah disebabkan oleh sebab-sebab peribadi dan profesional.
Muhammad Noor sekarang ini berada dalam lembaga pengarah SapuraKencana Petroleum Bhd dan Lafarge Malaysia Bhd.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Datuk Muhammad Noor Hamid #Malakoff Corp Bhd #Malaysia
;