Moody's Investors Service mengesahkan penarafan penerbit dan bon kerajaan Malaysia pada A3. Prospek berkenaan telah diubah kepada positif daripada stabil.
Agensi penarafan antarabangsa itu berkata perubahan dalam unjuran itu didorong oleh prospek yang lebih baik bagi pengukuhan fiskal dan pembaharuan serta kestabilan makroekonomi yang berterusan dalam menghadapi cabaran luar.
Moody's, dalam satu kenyataan Rabu, menjelaskan bahawa ia juga telah mengesahkan had maksimum bon mata wang asing (FC) jangka panjang pada A1 dan had maksimum deposit bank FC jangka panjang pada A3. Had maksimum deposit bank dan bon FC jangka pendek disahkan pada di P-1.
Menurut firma penarafan berkenaan, had maksmium berkenaan bertindak sebagai had pada penarafan yang boleh diberikan kepada obligasi entiti FC selain daripada kerajaan, yang domisil di negara.
Berkait dengan tindakan penarafan berkenaan, Moody's mengesahkan penarafan instrumen Khazanah Nasional Bhd pada A3 dan menyemak semula prospek kepada positif daripada stabil.
Susulan Pilihan Raya Umum pada Mei, kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulakan program pembaharuan fiskal yang lama tertangguh untuk mempercepatkan pengukuhan fiskal.
Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 bagi maksud memperluaskan asas cukai dan mengurangkan pergantungan kerajaan terhadap hasil berkaitan petroleum.
Di samping itu, rasionalisasi subsidi bermula pada September dengan kenaikan harga bahan api, membantu mengekang pertumbuhan bil subsidi yang telah menyumbang bahagian yang semakin besar daripada perbelanjaan kerajaan.
"Walaupun hasil kerajaan bergantung kepada hasil berkaitan petroleum, kami menjangkakan turun naik terhad daripada item ini, termasuk dividen, bayaran royalti dan cukai diperoleh daripada syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd," katanya.
Moody's mengesahkan penarafan penerbit, Petronas pada A1 pada Mei dan baru-baru ini memberikan prospek yang positif kepada sektor minyak dan gas bersepadu global.
Ia juga menyatakan bahawa penarafan negara Malaysia disokong oleh struktur hutang yang menguntungkan kerajaan, kedalaman pasaran modal tempatan, dan tahap tabungan dalam negeri yang tinggi.
Bernama
Wed Nov 20 2013
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's
Moody's juga berkata, pemberian lesen perbankan Islam digital juga akan turut menyokong pertumbuhan sektor itu.
Moody's Investors Service sahkan penarafan A3 TNB dengan prospek stabil
Moody's juga mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) TNB pada baa2.
Krisis Rusia-Ukraine tingkatkan risiko terhadap unjuran ekonomi global - Moody's
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan ekonomi seterusnya telah meningkatkan risiko terhadap unjuran ekonomi global, menurut Moody's Investors Service.
Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong
Agensi penarafan kredit juga menjangkakan bekalan yang terhad akan terus menyokong momentum harga minyak yang kukuh.
Moody's semak semula unjuran penarafan kepada positif bagi industri tenaga global
Moody's mengekalkan harga komoditi jangka sederhana antara US$45-US$65 setong untuk minyak.
Sukuk Kelestarian Malaysia dilanggan 6.4 kali, pelabur yakin
Kedua-dua tranche tersebut telah mendapat penarafan A3 oleh Moody's Investors Service dan A- oleh S&P Global Ratings.
Kebanyakan bank mampu serap kejutan akibat COVID-19 - Moody's
Sistem perbankan global berada di kedudukan yang baik untuk menyerap kejutan ekonomi yang disebabkan COVID-19.
Telco di Malaysia, Singapura dan Indonesia bayar dividen tertinggi kepada kerajaan - Moody's
Perbelanjaan modal, dividen dan pembelian balik saham, pembayaran spektrum dan cukai merupakan kos terbesar bagi syarikat telco di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Penarafan Moody's tidak semestinya tepat - Tun M
Dr Mahathir berkata keputusan agensi penarafan tersebut tidak akan menjejaskan operasi syarikat pengeluar minyak negara, dan Moody's bebas membuat penilaian mereka.
Petronas tegaskan asas kukuh kekal walaupun penarafan diturunkan Moody's
Syarikat minyak negara itu berkata ia secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif dan imbangan tunai bersih yang sihat yang membolehkannya menahan ketidaktentuan dan kejutan dalam pasaran.