Mohd Nageeb dilantik pengerusi Felcra Berhad

Bernama
September 27, 2018 08:12 MYT
Mohd Nageeb (gambar) menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas. -Foto MPOA
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Okt ini.
Pelantikan itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu Mohd Nageeb menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas.
"Mohd Nageeb mempunyai pengalaman 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit," kata kenyataan itu yang turut menjelaskan bahawa Mohd Nageeb merupakan wakil Malaysia dalam Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).
Antara jawatan yang pernah dipegangnya ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Perladangan Malaysia di Sime Darby Plantation Berhad.
Mohd Nageeb memulakan karier sebagai pelatih eksekutif perladangan di KL Kepong Berhad pada 1979, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Bung Moktar Radin #FELCRA #Mohd Nageeb Abdul Wahab #Sime Darby