Model baru Perodua D66B dijangka diperkenal seawal April 2024

Amanz
Februari 15, 2024 15:03 MYT
Mengikut spekulasi awal, model kenderaan baharu ini dijangka menduduki tahap di atas Perodua Ativa (gambar) dari segi penawaran. - Foto Perodua
TERBARU, melalui nota penganalisa terkini, Perodua dikatakan mungkin melancarkan model baharu kenderaan mereka, iaitu Perodua D66B atau turut dikenali Perodua “Nexis” seawal April 2024 ini.
Perkara ini dikongsikan oleh penganalisa, selari dengan pengambilalihan UMW Holdings oleh Sime Darby.
Dengan langkah ini, kini Sime Darby mempunyai penawaran untuk semua segmen automotif di bawah mereka, meliputi pelbagai jenama termasuk BMW, Toyota, BYD, Volvo dan beberapa yang lain.
Buat masa ini, info berkenaan dengan model ini masih samar-samar lagi.
Mengikut spekulasi awal, model kenderaan baharu ini dijangka menduduki tahap di atas Perodua Ativa dari segi penawaran.
Kita juga boleh menyasarkan integrasi sistem pemanduan pintar seperti pada beberapa model Perodua lain di pasaran, termasuk sistem inforia yang mengintegrasikan sokongan platform mudah alih terkini.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan penawaran model baharu Perodua ini.
#model baharu Perodua #Perodua D66B #Perodua Nexis #Sime Darby
;