MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024

Bernama
Februari 14, 2025 04:00 MYT
Tengku Zafrul berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan dan membangunkan industri tempatan susulan prestasi kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2024.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.
"Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi menggalakkan ini ialah peningkatan pelaburan, yang menyaksikan pertumbuhan dua digit sebanyak 12 peratus - tertinggi dalam tempoh 12 tahun - dan eksport yang lebih tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik," katanya menerusi catatan di laman X beliau pada Jumaat.
Menurut Bank Negara Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024, nmeningkat daripada 3.6 peratus pada 2023, melepasi unjuran awal 4-5 peratus.
-- BERNAMA
#MITI #pelaburan #Zafrul Abdul Aziz #KDNK
;