Mirinda dan Astro Shaw lancar filem raya, tawar hadiah menarik
Astro Awani
April 2, 2024 20:45 MYT
April 2, 2024 20:45 MYT
Mirinda, minuman berkarbonat berperisa buah, mengumumkan kerjasama dengan produksi filem tersohor Malaysia, Astro Shaw bagi filem The Experts sebagai sebahagian daripada kempen "Riang Raya Bersama-sama Mirinda''.
Kempen oleh Mirinda itu berhasrat mengukuhkan lagi komitmen serta mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping memupuk kemaafan di bulan mulia ini.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, melalui hasil kerjasama ini yang menampilkan pelbagai aktiviti lain yang menarik, pihaknya berharap dapat menyebarkan keriangan serta kegembiraan kepada rakyat Malaysia supaya mereka hargai saat-saat indah bersama orang tersayang.
“Selama beberapa dekad, Mirinda terus menjadi peneman sejati dalam setiap sambutan perayaan melalui cetusan penyegaran minumannya dan tahun ini kami cukup berbangga untuk bekerjasama dengan Astro Shaw dalam kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 yang akan menampilkan filem “The Experts”, sebuah filem menarik yang akan mengetengahkan nilai kekeluargaan.
“Kerjasama ini menggariskan komitmen Mirinda untuk membina saat-saat indah bersama ahli keluarga, selaras dengan prinsip kami untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan,” katanya selepas sesi 'Meet and Greet bersama barisan pelakon The Expert' yang berlangsung di Aeon Big Subang.
Astro Shaw bersama air minuman Mirinda turut menampilkan iklan raya eksklusif ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’ yang dibawakan khas oleh Mirinda.
Saksikan bagaimana lima adik-beradik ini berganding bahu bersama Mirinda dan mempamerkan nilai kerja berpasukan, kekeluargaan, dan perayaan dalam “Mirinda Selamatkan Raya”, di mana mereka memulakan misi untuk selamatkan Raya mereka.
Iklan raya tersebut mengangkat tema The Experts iaitu aksi dan kekeluargaan yang boleh ditonton di YouTube Astro Shaw.
Melalui filem pendek bertemakan Aidilfitri ini, Mirinda berhasrat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang, dan memperbaiki sebarang kesilapan pada musim perayaan ini.
The Experts juga akan menyertai ruangan istimewa Mirinda di beberapa pasar raya terpilih menerusi inisiatif The Experts x Mirinda Meet & Greet.
Peminat dan penonton berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan pembelian air minuman Mirinda.
“Kami anjurkan peraduan dengan pembelian produk bernilai serendah RM20, peserta berpeluang memenangi Proton X50 serta banyak hadiah menarik dan kami juga mengadakan peraduan di radio dengan baucar tunai bernilai RM30k untuk dimenangi,” tambahnya.
Tempoh peraduan itu bermula 9 Mac sehingga 30 April 2024, dan menyediakan pelbagai hadiah lain termasuk lima buah Samsung 50” CU8500 Crystal UHD 4K HDR Smart TV (2023) bernilai RM2999 setiap satu dan hadiah sagu hati iaitu pin tambah nilai Touch’n Go RM 100.
Mirinda menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti promosi menarik di pasar raya, di samping peraduan, dan acara istimewa lain sepanjang tempoh kempen ini.
Ia merupakan peluang terbaik untuk ahli keluarga berkumpul menikmati detik-detik indah bersama sambil mengukir kenangan manis untuk diingati selamanya.
Dalam pada itu, majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan duit raya serta bingkisan istimewa kepada anak yatim dan ibu tunggal dari Rumah Nur Hikmah, Taman Medan, Selangor turut disaksikan menerusi kolaborasi itu.
Majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resort tersebut adalah untuk menghayati nilai memberi dan saling berkongsi, sambil mempromosikan filem terbaharu itu.
Turut hadir, Pengarah Kandungan Astro Agnes Rozario, dan Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Tan Lay Han.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, The Experts menampilkan bintang-bintang terkemuka Malaysia seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, dan ramai lagi.
Filem itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan.
#Mirinda
#Riang Raya Bersama-sama Mirinda
#The Experts
#The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda
#Astro Shaw
#Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd
#Amy Gan