Minggu Acara Perniagaan 2023 tumpu pupuk semangat serantau
Israr Khalid
Ogos 7, 2023 19:09 MYT
Ogos 7, 2023 19:09 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) akan menganjurkan acara perdananya, Minggu Acara Perniagaan Malaysia 2023 (MBEW 2023) dari 21 hingga 26 Ogos ini Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (the Centre).
Dengan tema “Riding the Waves”, acara tersebut bertumpu sekitar memupuk semangat serantau yang jitu dengan meletakkan acara perniagaan sebagai pemangkin menggerakkan urutan impak positif kepada pertumbuhan sosioekonomi Asia Tenggara yang mampan.
MBEW 2023 akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing dan dijadual menerima kunjungan 400 pemain industri termasuk syarikat pengurusan persatuan, kongres profesional dan penganjur pameran, pengurusan acara, serta banyak lagi.
Acara tersebut turut akan menampilkan barisan panel pembicara terdiri daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa yang akan berkongsi pandangan dan panduan mereka.
“Acara perdana ini menjadi satu kenyataan kepada komitmen negara kita kepada keunggulan, inovasi dan kolaborasi dalam dunia acara perniagaan.
“Tahun ini, kita berbangga untuk tampil dengan gah dan berani untuk industri dengan memperkenalkan barisan program yang pastinya akan memberikan idea-idea dan sudut pandang yang baharu kepada para pemain industri bagi melonjakkan perniagaan mereka.
“Saya juga percaya bahawa dengan sesi rangkaian yang menyediakan sebuah platform untuk pertukaran pengetahuan, para perwakilan akan pulang dengan inspirasi yang diperbaharu dan jalinan rangkaian berharga yang diperkukuh.
“Mereka akan dilengkapi dengan alatan dan cerapan yang diperlukan untuk mengatasi cabaran landskap perniagaan yang sering berubah dan mendorong mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran antarabangsa,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Zain Azrai Rashid.
Ketika acara itu nanti, para perwakilan boleh berhubung dalam pelbagai aktiviti, termasuk perbincangan topikal, bengkel, sesi latihan, dan forum berkaitan hal-hal mustahak dalam industri.
Mereka juga boleh menjangkakan pelancaran program sokongan MyCEB terbaharu, yang disasarkan untuk menarik lebih banyak acara perniagaan antarabangsa ke negara ini, dengan matlamat merancakkan industri acara perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Tambahan pula, MyCEB akan memperkenalkan sesi “BE Exchange” (Perniagaan-ke-Perniagaan), yang dikhususkan untuk membincangkan tentang Jurnal Antarabangsa Acara dan Legasi Perniagaan, juga Cabaran Nasional Acara Perniagaan 2023, direka untuk memupuk para pemimpin industri masa hadapan.
Di samping perniagaan, MyCEB turut aktif memberi semula manfaat kepada komuniti menerusi inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk aktiviti menanam pokok serta dorongan menderma darah.
MBEW 2023 akan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS), Penganjuran Kongres Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA), Persatuan Global Industri Pameran (UFI).
Persatuan Pengurusan Konvensyen Profesional (PCMA), Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE), Evenesis, Tourism Selangor, Business Events Sarawak, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pusat Darah Negara dan banyak lagi - dengan sokongan MOTAC, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi (MOE).
Untuk maklumat lanjut dan menjadi sebahagian daripada MBEW 2023, layari https://www.myceb.com.my/mbew.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar