MIDF: Kesan kenaikan tambang tol dirasai pada angka inflasi November

Najib Aroff
November 24, 2015 10:20 MYT
Kesan kenaikan tol dijangka mula dirasai dalam angka inflasi bulan November-Foto Bernama
Kesan kenaikan tol dijangka mula dirasai dalam angka inflasi bulan November yang dijangka berada pada 2.3 peratus dan 2.05 peratus pada bulan Disember.
Menurut firma penyelidikan MIDF Research, angka inflasi 2.52 peratus pada Oktober tidak termasuk kenaikan tol kerana peningkatan berlaku selepas tempoh kajian dijalankan.
Kenaikkan tambang tol bermula 15 November di 18 buah lebuh raya di Lembah Klang.
Dalam nota penyelidikan, MIDF berkata inflasi tahun penuh dijangka berada pada 2.1 peratus, susulan kelemahan harga minyak.
Bagi 2016, MIDF menyemak turun unjuran inflasi pada 2.9 peratus susulan kelemahan harga minyak berterusan dan pemulihan harga rapuh.
#Inflasi #MIDF #tol
;