MIDF: ASEAN bakal jadi rantau pemacu ekonomi penting dunia
Najib Aroff
November 24, 2015 10:24 MYT
November 24, 2015 10:24 MYT
Peranan ASEAN menjadi semakin penting dalam memacu pertumbuhan dunia susulan pengembangan populasi rantau ini.
MIDF Research dalam nota kajian berkata wujud potensi besar melalui Komuniti Ekonomi Asean (AEC) sekaligus menjadikan ASEAN pemacu pertumbuhan berpengaruh di dunia.
Ia melalui liberalisasi dagangan dan integrasi yang sedang diberi tumpuan khusus.
Bagaimanapun cabaran masih kekal wujud terutama diperingkat membuat keputusan politik dan halangan bukan tarif.
Ia termasuk ketidakstabilan politik domestik negara ahli, sentimen terhadap warga kerja asing.
MIDF berkata perkembangan populasi menjadi faktor pentong ASEAN melihat kepada apa yang berlaku di dua enjin ekonomi utama dunia, China dan Jepun.
Kedua negara itu katanya berdepan kesukaran apabila populasi tua meningkat sekaligus memberikan kesan terhadap guna tenaga dan penggunaan.
Ia sekaligus memperlahankan pertumbuhan yang disasar bagi dua negara itu.