MIDA mahu jadikan Malaysia pusat pengedaran alat ganti serantau

Astro Awani
Mei 11, 2017 17:46 MYT
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud berkata MIDA mahu pelabur yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran alat ganti serantau. - Foto BERNAMA
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berbincang dengan beberapa syarikat otomotif yang berminat untuk melabur di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud berkata MIDA mahu pelabur yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran alat ganti serantau.
Jelasnya, dengan kehadiran syarikat otomotif antarabangsa seperti kumpulan BMW, ia meyakinkan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran otomotif serantau.
Bagaimanapun Azman tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pelabur yang dimaksudkan.
Beliau yakin lebih banyak pelaburan mampu diperoleh kerana Malaysia mempunyai keistimewan dan kekuatannya tersendiri berbanding dengan negara jiran seperti Thailand.
#alat ganti #Azman Mahmud #BMW #MIDA #syarikat otomotif
;